Cinta atau Harga Diri
Pernahkah kamu berada dalam suatu situasi di mana kamu terpaksa memilih antara cinta dan harga diri kamu? Jika kamu berada di dalam suatu tersebut, yang manakah kamu pilih? Cinta kamu terhadap orang yang kamu cintai atau harga diri kamu yang kian lama kamu jaga?
Jika suatu perkara terjadi yang membuat kamu memilih antara satu, cinta atau harga diri kamu, bagaimana kamu menghadapinya? Apa pula pendapat kamu jika ada yang memilih harga diri? Apa pula pendapat kamu jika ada yang memilih cinta? Dan mana lagi penting?
Mungkin senang untuk membuat pillihan bagi mereka yang belum pernah menghadapi situasi tersebut. Ramai yang mengatakan mereka akan memilih harga diri dan sebilangan pula memilih cinta mereka.
Dan bagi mereka yang pernah menghadapinya pula menemui kesukaran.
Bayangkan kamu berada dalam situasi begini; harga diri kamu hampir tercela oleh pasangan kamu kerana terlalu mengikut keinginan dan pasangan kamu alfaseketika. Dan oleh kerana itu, sebagai tindak balas kamu bersifat kasar. Dan setentu sikap kasar kamu membuat pasangan kamu marah dan pergi.
Jika berada dalam situasi begitu, apa yang akan kamu lakukan?
Biarkan pasangan kamu pergi? Dan berpendapat, cinta boleh cari tetapi hargi diri tidak?
Atau tahan pasangan kamu dan jelaskan bahawa tindakannya tadi sungguh tidak menghormati diri kamu?
Bagi mereka yang pernah menghadapinya, kedua-duanya sama pentingnya tetapi keutamaan adalah harga diri. Ini kerana jika pasangan kamu benar-benar mencintai dan menyayangi kamu, setentu dia akan menghargai kamu dan menghormati kamu.
Tetapi bagaimana perihal mereka yang terlupa atau naif?
Dari itu, jadilah lelaki yang tahu menghargai dan menghormati wanita terutama sekali orang yang kamu cintai.
Bagi wanita pula, tamankan sedikit keegoan dan jangan biarkan harga diri kamu tercela meskipun oleh orang yang kamu cintai.
No comments:
Post a Comment